Kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, so, baik hidup di negeri sendiri. Aiks, ape yang seronoknya kalau berhujankan batu? Kerosakan sana sini… cermin pecah berderai… kereta kemik remuk… duit manyak terbang wooo…. (eh, pe kaitannya dengan duit yang terbang? Of coz la bila kecelakaan atau kemalangan berlaku, samada secara bencana alam mahupun kesilapan manusia sendiri, pasti kita perlu memperbaikinya. Bukankah wang akan terbang melayang…???? huuhuhuhuhu)
Seronok bercuti di rumah masih belum puas. Namun, apa yang cik aryana mampu lakukan? Tuntutan ilmu lebih penting dari kepuasan diri. So, kita enjoy…..!!!!
Pandai la… sekarang ni, cik aryana sedang berangkat… ops… sedang berada di dalam bas… dalam perjalanan menuju ke destinasi seterusnya… di mana ye…??? Semestinya Shah Alam… Wawawawawa cik aryana, kenapa shah alam yang menjadi pilihan…???? Hurm… entahla, cik aryana pun tak tau kenapa hati ini berat sekali ingin mencuba nasib di tempat sendiri…. Ooooo…. De jodoh kat sana kot… hurm… Insya Allah…. Mungkin juga rezeki cik aryana di sana…
Yang pastinya, kalau cik aryana mencari rezeki di tempat sendiri, pastinya cik aryana takkan mampu bertahan lama dalam mengejar impian cik aryana… kenapa ye…. Hurm… kadang-kadang, tak kesemuanya impian itu mampu berada di dalam genggaman… biarpun ianya telah tersusun rapi… Cuma tunggu mencapainya sahaja… pesan Ustaz dulu, “ Sesungguhnya pabila Allah berkata ‘Kun Fayakun’, tiada apa yang mampu mengatasinya….” So, cik aryana sekadar mengikut alur kehidupan yang telah ditentukan… biarpun cik aryana telah menghiasi laluan itu dengan warna hijau kegemaran cik aryana…. Mungkin jua laluan itu telah ditakdirkan berubah kepada warna pink… (ops…. Tamau la pink…. Warna lain, bulih….?????)
Dunia cik aryana tiada yang indah…. Banyak bergelimpangan dengan nombor-nombor juga abjad-abjad yang tiada langsung diserikan dengan madah pujangga mahupun teka-teki… hanya dipenuhi dengan simbol-simbol mahupun bait-bait yang konkrit… sepi…??? Sunyi…??? Itu sudah pilihan cik aryana… kenapa agaknya ye….???
Kadang kala, cik aryana bermimpi inginkan hidup persis heroin di novella… yang akan bertemu dengan heronya biarpun dugaan dating melanda… kadang kala, cik aryana mahukan hidup persis lakonan di kaca televisyen… biarpun penuh dengan penipuan dan pembohongan… sedangkan kehebatan yang tersembunyi sukar untuk dipancarkan…
Hanya beberapa hari lagi… genaplah umur cik aryana suku abad…. Masih sendiri….??? Biarlah… yang penting, hati ini senang… bahagia… tapi, apakah bias untuk mengecapi kebahagiaan sendirian….????
Bilakah kamu akan hadir untuk melamar aku….????
No comments:
Post a Comment