Friday, December 17, 2010

10 tabiat rosakkan otak

Salam Ukhwah pada yang singgah di sini. Apa khabar anda? Moga anda diluar biasa sihat hendaknya. Ops, arini kita berkongsi info je la ye. Ia benar, namun sering diabaikan. Otak antara organ yang paling penting. Ops, betul ker?

Kata orang, kita perlu berfikir iap masa. Jangan biarkan sel-sel otak duduk beristirehat kerana ia bisa mengundang salah satu penyakit yang agak terkenal dikalangan nenek-atok kita; nyanyuk @ Alzheimer. Alamak, pasti ke?

Antara tabiat-tabiat kegemaran ramai yang secara langsung mahupun tidak langsung akan merosakkan sel-sel otak anda:

TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Sarapan pagi? Tidak ramai orang yang selalu amalkan tabiat ini. Tanpa kita sedar, apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
Kesimpulannya, jom breakfast. Ala, senang jer. Cornflakes kan ade. Campurkan dengan susu. Ataupun, lebih baik jika amalkan sesudu teh madu asli, sama ada makan begitu saja atau larutkan dalam air suam. Hurmm, awet muda lagi…..

TERLEBIH MAKAN
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
Kalau macam tu, korang kena la berhenti sebelum kenyang. Sebelum kenyang kan lapar? Hahahaha….ape la korang ni. Ke situ pulak. Kiranya, jangan la makan terlalu kenyang hingga nak bawak perut pun da tak larat. Kan nabi kita sudah berpesan, makan sebelum lapar tapi berhenti sebelum kenyang. Boleh, kan sayang…..

PEROKOK
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
Hisy, best sangat ke merokok ni? Ops, mesti la, kalau tak, takkan la korang sedut sampai berkotak-kotak yer, bang…? Ops, jangan la marah. Anda kan tahu, 75% kesan rokok akan ditanggung oleh orang sekeliling anda bahana asap rokok itu? Demi insan tersayang, jauhilah rokok, boleh yer…

PENGGUNAAN GULA YANG BERLEBIHAN
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
Haaa…bak kata family aku, “Nak potong kaki ker??”…Hehehehe…dulu, ade la kaum kerabat aku, kene kencing manis hingga terpaksa potong kaki. Kini, nyawa pn da tergadai kerana gula. So, kurang gula dalam hidangan, tambahkan senyuman dalam senyuman. Pasti memikat..!!!

PENCEMARAN UDARA
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
Hisy, asap kereta la, asap rokok la, asap kilang-kilang la, asap kentut…ops…kentut tu asap ker….???

TERLEBIH TIDUR
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
Alamak, darling, I tau la darling penat sangat, tapi jangan la qada’ tidur sampai 1 hari. Kalau terjaga pun, ingat makan jer…Hisy, tak boleh la macam tu…x mo, k…..

MENUTUP MUKA KETIKA TIDUR
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
Alamak, kalau kita tengok kat surau-surau, selalunya dorang tidur tutup muka…so, cane ek? Tidur dalam bas pun tak boleh la tutup-tutup muka lagi. Waaa….boleh la tatap wajahnya itu….yeeeeyyyy…

MEMBIARKAN OTAK BEKERJA SEMASA KITA BERADA DI DALAM KEADAAN KURANG SIHAT
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
Alamak, kalau badan tak sihat, rasa nak tidur je. Agak-agak, kalau bermimpi tu, otak bekerja tak…???

KURANG BERIMIGINASI
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
Waaa…..nampaknya, kena banyakkan berangan nih….Hahahahaha…

JARANG BERFIKIR
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Kalau macam tu, kamu mestilah selalu memikirkan aku ya….pasti kamu akan bertambah pintar….;-D

Oleh itu, sayangilah otak anda. Beruntunglah pada kita yang mempunyai otak dan mampu berfikir dengan waras. Bersimpatilah pada mereka yang mempunyai otak tapi tidak waras.

Jumpa lagi...!!!!!
Sayang kamu...!!!!! 

3 comments:

si.tudung.ungu said...

kalau terlebih imaginasi, agak²nya macam mana?
Hee~~ :DD

Bear Bee said...

Waaa Yana.. what a very nice entry~

BB suke berangan..HAHA..terpaksa mengaku :P

the bad thing is, BB suke manis2~
alamak..lepas ni kena kurangkn laa..

thanx for the info ♥
and thanx for the comment ♥

yana aryana said...

Kiwi: hahahahahahahaha....sangat digalakkan...tapi, janganlah sampai jd geng mat jenin yer...;-D

BB: same la kta...mmg best kalau dpt berangan apatah lg mse bce novel2 mi cintan..teruskan karya kamu....!!!!
manis...???ops...kurangkan manis lam makanan jer...novel kamu jua senyuman kamu biarkan lebih manis,k...;-D