Friday, December 9, 2011

JANGAN MENANGIS UNTUKKU

-Episod 3-


TENGKU Faris mendengur geram. Sakit hatinya dengan perbuatan anak sulungnya itu. Entah perangai siapa yang diturutkan. Dia cuba menenangkan jiwa yang sememangnya sedang bergelora. Tengku Rasya sekadar mendiamkan diri. Pastinya, hati wanita itu turut terluka lantaran perbuatan anaknya yang telah memalukan itu. Aku sekadar menekur di lantai. Aku tahu kesilapanku.
“Papa sungguh terkilan dengan perbuatan kamu, Zal. Kenapa kamu buat macam ni? Kamu tidak ternah terfikirkan perasaan kami berdua dengan tindakan mengarut kamu ni, Zal?”
“Faizal, cuba terangkan pada kami. Kenapa Faizal sanggup buat macam ni. Mama tahu, Faizal anak yang baik. Mama tahu, walaupun kamu digelar playboy, kamu tidak pernah rosakkan anak orang. Mama dapat rasakan Faizal sayang cintakan gadis itu. Tapi ini bukan cara yang terbaik, Zal.”

Aku menarik nafas seketika. Cuba mengumpul sebanyak mungkin kekuatan yang ada sebelum aku mengeluarkan kata-kata. “Papa, Mama, maafkan Faizal. Faizal tahu, tindakan Faizal telah mencemar nama baik keluarga kita, keturunan kita. Faizal pun tak sedar kenapa Faizal tergamak buat perkara macam tu. Faizal mengaku, Faizal bersalah. Maafkan Faizal, papa, mama.”
“Maaf kamu tak dapat membersihkan kembali apa yang telah berlaku. Maaf kamu juga tidak dapat membersihkan kembali maruah gadis itu dan keluarga gadis itu. Papa sangkakan papa telah Berjaya mendidik Faizal menjadi anak yang berguna, patuh pada perintah dan larangan-Nya. Tapi, papa silap. Papa silap.”
"Tidak, papa, mama. Bukan silap papa dan mama. Papa dan mama telah mendidik dan membesarkan Faizal dan adik-adik dengan baik. Cuma kesilapan Faizal yang terlalu ikutkan rasa hati yang menggila. Faizal dah cuba mencuri hati Damia, malangnya, hatinya telah menjadi milik lelaki lain. Faizal tak dapat terima hakikat Damia bukan milik Faizal lagi. Faizal cuba membuat sesuatu supaya Damia akhirnya menjadi milik Faizal. Tapi, Faizal telah tersilap percaturan. Faizal terlalu ikutkan nafsu. Faizal tak sedar tindakan Faizal ini telah banyak menyakitkan dan melukakan hati ramai pihak. Maafkan, Faizal, papa, mama.”
“Betul Faizal cintakan Mia?”
Aku mengangguk.
“Betul Faizal takkan sia-siakan masa depan gadis itu?”
“Faizal tidak mampu berjanji, tapi Faizal akan berusaha agar Faizal tidak akan mempersiakan masa depan Damia.”
“Betul Faizal mahukan Damia sebagai teman hidup Faizal?”
“Benar. Faizal mahupan Damia menjadi sebahagian dari keluarga kita. Sebahagiaan dari hidup Faizal.”
Aku meluahkan segala yang terbuku di hati ini. Aku akui kesilapan aku dalam memilih tindakan sebegini, namun, terlajak perahu masih boleh diundur. Tapi terlajak kata tiada gunanya. Kini, aku tekad aku mahu membahagiakan Damia setelah aku hancurkan masa depannya. 
‘Hakim, maafkan aku.’ Aku hanya mampu melafazkan itu dalam hati. Jika mama dan papa tahu bahawa aku telah merampas Damia dari Hakim, pasti mereka akan bertambah kecewa dengan aku. Pastinya mereka terkilan kerana papa dan mama Hakim adalah rakan karib mereka, sepertimana aku dan Hakim.
“Kalau macam tu, hujung minggu ni kita akan ke rumah keluarga Damia. Papa mahu kamu berada sekali nanti. Papa mahu kamu minta maaf dulu dari keluarga Damia. Kemudian, barulah papa dan mama akan berbincang apa yang patut.”
“Apa yang patut? Maksud papa?”
“Tengku Faizal Hadani, kamu fikir keluarga mereka akan terima kamu dengan senang hati? Dengan rela hati? Kamu ingat maaf kamu sudah cukup untuk mereka? No, Faizal. Papa mahu mereka terima kamu sepertimana mereka ikhlas terhadap kamu walaupun kamu telah campakkan lumpur ke wajah mereka.”
Aku menundukkan kepala. Aku tak mampu lagi bertentang mata dengan papa. Aku tak sanggup lagi melihat kekecewaan papa.
“Sekiranya mereka setuju, kalian akan disatukan secepat mungkin. Lagipun, papa tak mahu perkara yang tidak sedap didengar tersebar luas. Biarlah ia diam sebaiknya. Dan satu lagi, papa mahu kamu meminta maaf dari Damia. Jangan kamu beritahu dia apa-apa. Cukuplah sekadar memohon maaf. Boleh?”
“Baiklah, papa. Faizal akan buat sepertimana papa minta.”
“Faizal, sekarang giliran mama pulak. Damia tu, siapa boyfriend nya?”
Alamak. Nahas ni.
“Faizal, beritahu mama. Jangan sembunyikan perkara ni.”
Dengan serba salah, aku menjawab soalan mama. “Dengan budak business management. Faizal tak pasti sangat siapa lelaki tu.” Aku terpaksa berselindung. Aku tak mampu menyatakan hal sebenarnya.
“Mama nak, Faizal minta maaf dari lelaki tersebut. Boleh, kan sayang?”
‘Ah, macam mana aku nak berdepan dengan Hakim? Pasti Hakim akan menumbuk aku. Ataupun Hakim mengarahkan kawan-kawannya membelasah aku. Haish, macam mana ni?’
“Faizal, boleh ke tidak?”
“Boleh, mama.”
“Okey, kalau macam tu, mama nak Faizal bawa Damia datang berjumpa dengan papa dan mama setelah kita selesai berbincang dengan keluarga Damia. Mama nak kenal siapakah Damia, hebatkah dia sehingga kamu mengambil keputusan sebegini.”
“Mama, Damia.....”
“Mama tak mahu dengar dari mulut kamu siapakah Damia. Biar mama lihat sendiri siapa Damia. Biar mama kenal sendiri siapa Damia.”
Aku sekadar menganggukkan kepala. Lalu, aku meluru ke arah papa dan menghulurkan tangan untuk memohon maaf daripada papa. Begitu juga aku lakukan kepada mama. Redha dan maaf kedua ibu bapa sangat penting dalam mendapat redha Illahi. Syukur aku mempunyai keluarga yang sangat baik. Sekurang-kurangnya, mereka tidak terus menghukum aku. Muafakat itulah yang telah menyedarkan aku betapa beratnya tanggungjawab sebagai ibu bapa. Mampukah aku melakukan hal yang sama jika anak aku melakukan apa yang telah aku lakukan?


**********************************************


“Mia, aku mintak maaf.”
Diam.
“Mia, sorry. Aku tahu aku tak sepatutnya buat macam tu. Sorry la.”
“Yang kau buat jugak tu kenapa?”
“Aku...aku...”
“Kau kata kau sayangkan aku. Tapi, sanggup kau lukakan hati orang yang kau sayang? Kau kata kau cintakan aku. Tapi tegar kau hancurkan maruah aku? Aku ni perempuan. Punya hati dan perasaan. Aku juga punya cinta dan cinta itu aku telah beriakn kepada Hakim. Kenapa kau masih tak faham-faham lagi?”
“Mia...aku...aku...”
“Pergilah, Faizal. Jangan kau ganggu hidup aku lagi. Syukurlah pihak pentadbiran tidak menggantung pengajian kita setelah apa yang kau dah lakukan tempoh hari. Tapi, mana aku nak sorok muka aku ni, Faizal? Semua orang pandang serong terhadap aku. Kan Nampak, bukan?”
Aku melihat sekeliling. Benar, beberapa orang yang lalu lalang memandang ke arah kami dengan pandangan yang jijik. Tidak kurang juga yang mencemuh. Ada juga yang berpura-pura tidak mengetahui hal yang sebenarnya. Aku memandang kembali wajah Damia. Aku dapat melihat betapa hatinya tersiksa dengan apa yang telah terjadi.
“Aku faham perasaan kau. Aku mintak maaf. Tolonglah maafkan aku. Aku merayu.”
“Perlu ke aku maafkan insan yang telah meletakkan maruah aku di bawah tapak kaki kau?”
Aku tersentak.
“Mia, sedangkan Rasulullah s.a.w. pun memaafkan kesilapan orang yang mengejinya, takkan kekhilafan aku tidak layak untuk kau maafkan?”
“Jangan kau samakan aku dan kekasih Allah. Tidak selayaknya aku disamakan dengannya. Aku maafkan kau. Tapi dengan syarat.”
“Apa dia?”
“Aku mahu kau buat pengakuan.”
Hah?
“Ya. Pengakuan demi membersihkan kembali maruah aku dank au. Juga demi maruah keluarga kita. Kau mahu?”
“Baiklah, pastimya aku tiada pilihan. Kau katakan di mana dan bila?”
“Besok pada waktu tengah hari melalui radio kampus.”
“What the......?”
“Kenapa, Tengku Faizal Hadani? Tak sanggup? Takut ego kau tercalar? Takut semua gadis takkan pandang kau lagi?”
“Nope. Baiklah, aku akan lakukan seperti yang kau pinta.”
“Okey. Aku akan tunggu pengakuan kau esok. Aku akan berada di dataran. Pasti semua warga kampus akan menanti-nantikan pengakuan kau. Good luck!”
Usai kata-kata itu, Damia terus melangkah pergi meninggalkan aku yang terkulat-kulat di situ. Sungguh, permintaan Damia itu agak sukar tapi aku akan tetap lakukannya kerana aku yang memulakannya, pasti aku akan akhirinya.

No comments: