Showing posts with label jejari ari ini. Show all posts
Showing posts with label jejari ari ini. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Steam + Boat = Steamboat

Assalamualaikum....

Alaaaaaahhhaaaaiiiiii........ laparnye perut cik aryana ni.... teringat pulak kenangan zaman hingusan dulu kala..... main masak - masak dalam bilik..... isy, memang tak senonoh, bukan.....

Masalahnya, cik aryana dan kaum kerabat cik aryana cuma menyewa bilik asrama hostellica jer semasa menikmati zaman perkuliahan dulu..... (hahahahahahaha......poyos tul la bait-bait cik aryana ni....)

So, masak lam bilik pun jadi la.... asalkan hati-hati kami gumbira seadanya.....


Waaaaaaa......... cedapnyer......


ade cocktail..... comel tak.....????? pelbagai campuran yang cik aryana lakukan untuk memikat perut si gadis-gadis comel spt kak shirley, miss yati... miss dieba... miss diah... miss ela... miss tan... saiz hidangan ...???? persis hidangan untuk 10 orang....


bihun singapore..... sedap tau.... even mse ni kitorang memang tak tau cam mane la nak cook bihun singapore..... akhirnya, kami berjaya....!!!!

 Yeeaaahhhhh.... menu utama..... steamboat...... ketika ini kak shirley sedang menyediakan steamboat tuk kali ketiga.... bayangkan, tuk 1 malam, steamboat disediakan sebanyak 3 kali..... kuatnya cik aryana & de gang makan yer....

Sunday, January 23, 2011

Menghilang........

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Wah..wah..wah.. sudah lama rupanya cik aryana menyepi.... ke mana yer...???? hahahahaha.... gaya cam jauh jer perjalanan cik aryana nih... Act, cik aryana tak ke mana-mana pun... masih lagi menetap di bumi Malaysia yang masih lagi aman damai sehingga kini... Wah, pintar bangat ya kamu berceloteh, cik aryana...

Sekarang ni cik aryana sedang menjalani latihan praktikal di shah alam... praktikal...???? hurm.... inilah semester yang agak berat... boleh dikatakan hampir menggapai markah yang tinggi tapi bisa memenatkan minda dan tubuh kamu... (ops, gaya macam kamu pergi berjuang di Palestin la, cik aryana.... huhuhuhuu) Hari ni, cik aryana mahu bercerita tentang pengalaman cik aryana selama 3 minggu sudah...

Bidang yang cik aryana ceburi adalah perakaunan @ accounting... tapi, minor information system... so, my course commonly known as accounting information system @ AIS.... bukan Ais kacang yer.... hahahahahaha.... so, bidang yang cik aryana berpeluang untuk teroka sebenarnya banyak, cuma untuk kali ini, cik aryana memilih untuk menimba ilmu dalam firma consultant & accounting... cik aryana masih teringat pada kata-kata 'semangat' yang pernah dilemparkan pada cik aryana suatu masa dulu,

" Ala, account kacang jer... tambah tolak darab bahagi... then, masuk debit, kuar kredit.... bukan susah pun..."

If cik aryana bagi satu set documents, agak2 orang leh settlekan ke tak ye... Cik aryana tak nafikan, account actually so simple... kalau dulu, ramai yang berkata bahawa accountant n mestilah seorang yang kedekut, pendiam dan skema.... betul ke...???? Rasanya, cik aryana mau cuba menjawab statement itu...

Kedekut:

dalam dunia kami, wang adalah asas tapi accountability & integrity adalah landasan utama yang membantu bagaimana wang tersebut digunakan... If something yang kita mahu miliki tapi tiada kegunaannya, untuk apa dilaburkan wang...??? Betul, bukan....Ini adalah konsep asas, di mana semua manusia melakukannya, cuma mengapa ia perlu ditudingkan pada akauntan...???? Pelik, bukan....

Pendiam:
Akauntan memegang rahsia besar syarikat. di mana segala maklumat dalaman adalah di tangan syarikat... jatuh bangunnya sesebuah syarikat adalah kerana akaun... pernahkah anda mendengar, seseorang yang berhasrat ingin mengemudi sesebuah syarikat tetapi buta dalam menaksir apakah nombor-nombor itu gambarkan bakal berdepan dengan kesukaran... kenapakah...???? pada Balance sheet ataupun kunci kira-kira, ia menceritakan tentang keseluruhan keadaan syarikat dengan terperinci... mampukah anda melakukannya....Cuba anda bayangkan, sekiranya akauntan terlalu peramah, tidak mustahil hal syarikat akan terdedah, bukan...

 skema:
Wah..wah..wah... terbayang dalam minda cik aryana perwatakan si skema... oh, cik aryana malas la nak membincang tentang ini... dah lari topik ni.. sorry, ya...


my duty....????

Ok, cik aryana dikehendaki memahami 4 cabang yang penting dalam accounting antaranya secretary, accounting, taxes and audit...

Company Secretary...

Ops, yang ni, bukan spesis women yang pakai skirt yang bekerja di luar bilik bos dan gitau schedules bos everyday... bukan sama sekali ye...

Di sini, cik aryana akan terdedah bagaimana sesebuah syarikat ditubuhkan hinggalah bagaimana mereka menjalankan perniagaan mereka... Beberapa dokumen penting adalah di tangan secretary... antara tugas secretary adalah menyediakan minute meeting, menyediakan dokument-dokumen yang berkaitan dengan perubahan dalam pegangan saham dan sebagainya...di sini la kita berpeluang mengenali siapakah orang-orang penting yang bertindak menggerakkan syarikat...

Accounting....

dalam cabang perakaunan, bagi sesebuah syarikat yang kecil, mereka tidak menggaji kerani akaun, tapi lebih senang mengupah accounting firm memandang upahnya lebih murah...senang, bukan...??? pernah jugak la cik aryana melihat pekerja dari syarikat client menghantar berkotak-kotak dokumen untuk di 'key-in' dalam accounting system...

Sekali dengar, cam senang jer key-in data lam system yang sedia ada...kan..kan..kan... actually, key-in data memang memerlukan kesabaran yang tinggi; coz it's not easy to recognize whether those transactions can be recorded as expenses or liabilities, revenues or assets...

Also, that's not as simple as eating groundnut to analyze the nature of the such companies... before we starts key-in transactions, create batches to accumulate such transactions, first of all, u should study backgrounds of the companies... simple....??? i challenge u to complete it in a week...!!!!! (hahahahahahahahaha)

audit & tax....????


ops, cik aryana would continue another day, okey...????

2 companies are waiting for my attention...so, see u soon....!!!!!

sayang kamu semua....!!!!!

Friday, January 7, 2011

Indahnya malam pertama...


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Untuk merenungkan indahnya malam pertama…
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata…
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa…
Justeru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut…
Sebuah malam yang meninggalkan esak tangis sanak saudara…

Hari itu...
mempelai sangat dimanjakan...
Mandi pun...
harus dimandikan...
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benang pun menutupinya...
Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan...
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan...
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita.....
Itulah jasad Kita waktu itu...
Setelah dimandikan...
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih...

Kain itu ...jarang orang memakainya...
Karena sangat terkenal bernama Kafan...
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala, badan, dan kaki diikatkan...

Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita...
Keranda pelaminan... langsung disiapkan...
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga...
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul...

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga...                 
Serta rasa haru para handai taulan...
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah zikir...
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat...

Saksi-saksinya nisan-nisan yang telah tiba duluan...
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan...
Dan akhirnya.....
Tiba masa pengantin...
Menunggu dan ditinggal sendirian...
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan...
Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Di temani rayap-rayap dan cacing tanah...
Di kamar bertilamkan tanah...
Dan ketika 7 langkah telah pergi...
Sang Malaikat lalu bertanya...
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...

Friday, December 17, 2010

10 tabiat rosakkan otak

Salam Ukhwah pada yang singgah di sini. Apa khabar anda? Moga anda diluar biasa sihat hendaknya. Ops, arini kita berkongsi info je la ye. Ia benar, namun sering diabaikan. Otak antara organ yang paling penting. Ops, betul ker?

Kata orang, kita perlu berfikir iap masa. Jangan biarkan sel-sel otak duduk beristirehat kerana ia bisa mengundang salah satu penyakit yang agak terkenal dikalangan nenek-atok kita; nyanyuk @ Alzheimer. Alamak, pasti ke?

Antara tabiat-tabiat kegemaran ramai yang secara langsung mahupun tidak langsung akan merosakkan sel-sel otak anda:

TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Sarapan pagi? Tidak ramai orang yang selalu amalkan tabiat ini. Tanpa kita sedar, apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
Kesimpulannya, jom breakfast. Ala, senang jer. Cornflakes kan ade. Campurkan dengan susu. Ataupun, lebih baik jika amalkan sesudu teh madu asli, sama ada makan begitu saja atau larutkan dalam air suam. Hurmm, awet muda lagi…..

TERLEBIH MAKAN
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
Kalau macam tu, korang kena la berhenti sebelum kenyang. Sebelum kenyang kan lapar? Hahahaha….ape la korang ni. Ke situ pulak. Kiranya, jangan la makan terlalu kenyang hingga nak bawak perut pun da tak larat. Kan nabi kita sudah berpesan, makan sebelum lapar tapi berhenti sebelum kenyang. Boleh, kan sayang…..

PEROKOK
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
Hisy, best sangat ke merokok ni? Ops, mesti la, kalau tak, takkan la korang sedut sampai berkotak-kotak yer, bang…? Ops, jangan la marah. Anda kan tahu, 75% kesan rokok akan ditanggung oleh orang sekeliling anda bahana asap rokok itu? Demi insan tersayang, jauhilah rokok, boleh yer…

PENGGUNAAN GULA YANG BERLEBIHAN
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
Haaa…bak kata family aku, “Nak potong kaki ker??”…Hehehehe…dulu, ade la kaum kerabat aku, kene kencing manis hingga terpaksa potong kaki. Kini, nyawa pn da tergadai kerana gula. So, kurang gula dalam hidangan, tambahkan senyuman dalam senyuman. Pasti memikat..!!!

PENCEMARAN UDARA
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
Hisy, asap kereta la, asap rokok la, asap kilang-kilang la, asap kentut…ops…kentut tu asap ker….???

TERLEBIH TIDUR
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
Alamak, darling, I tau la darling penat sangat, tapi jangan la qada’ tidur sampai 1 hari. Kalau terjaga pun, ingat makan jer…Hisy, tak boleh la macam tu…x mo, k…..

MENUTUP MUKA KETIKA TIDUR
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
Alamak, kalau kita tengok kat surau-surau, selalunya dorang tidur tutup muka…so, cane ek? Tidur dalam bas pun tak boleh la tutup-tutup muka lagi. Waaa….boleh la tatap wajahnya itu….yeeeeyyyy…

MEMBIARKAN OTAK BEKERJA SEMASA KITA BERADA DI DALAM KEADAAN KURANG SIHAT
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
Alamak, kalau badan tak sihat, rasa nak tidur je. Agak-agak, kalau bermimpi tu, otak bekerja tak…???

KURANG BERIMIGINASI
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
Waaa…..nampaknya, kena banyakkan berangan nih….Hahahahaha…

JARANG BERFIKIR
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Kalau macam tu, kamu mestilah selalu memikirkan aku ya….pasti kamu akan bertambah pintar….;-D

Oleh itu, sayangilah otak anda. Beruntunglah pada kita yang mempunyai otak dan mampu berfikir dengan waras. Bersimpatilah pada mereka yang mempunyai otak tapi tidak waras.

Jumpa lagi...!!!!!
Sayang kamu...!!!!! 

Friday, December 10, 2010

Exam…Exam…Exam…Part 2


Yargh…!!!!!


MERDEKA…!!!!!


Alhamdulillah, syukran ilallah…..!!!!!!


Akhirnya tamatlah sudah perjuangan cik aryana di medan peperangan tadi… (eh, bile masa pulak cik aryana g berperang ni….??? Perang mulut ke perang mental, cik aryana oooiii….)


'Tak mampu nak lafazkan melalui kata-kata… tak mampu nak gambarkan bagaimana indahmya jika…..' Ish, madah pujangga mane pulak yang datang menyibuk di sini….???? Syuh…syuh….


Ok, bersambung tentang pengalaman cik aryana dan perihal examnya… hahahaha…. Macam-macam la kamu ni…


Imbas kembali paper Management science… eh, sape kate budak akaun x belajar sains…???? Suka suki suzuka men Suzuki je bilang begitu, kan….. len kali, wat R&D dulu sebelum menyampuk…. (eh, kamu paham ke idak R&D tu pekebenda eh….???? )



Act, tuk paper ni, banyak calculation… pernah lak terfikir di otak cik aryana…. If students yang tak bape familiar @ yang tak bape gemarkan angka-angka….. bagaimana mereka berdepan ngn paper ni ek…???? Muntah hijau…??? Twinkle-twinkle little star…??? Alamak, yang pasti, tak de kaitan dengan Honey Star, ye… Hehehehehehe…


Cik aryana tak pasti la, mungkin mase tu cik aryana tak study sangat paper ni, since focus kt next paper… paper dekat-dekat… tapi, cik aryana dah study siang-siang masa study week dulu….rajin tak….???? (poyos la cik aryana ni… 1 bulan peram, da expired da lam otak, tu yang x sempat nak luahkan mase exam aritu….)

De la several Q yang cik aryana sengaja 'kosongkan'… (eh, sengaja ke memang xtau jawapan…. Hahahahaha…. Kantoi…..) kot-kot la Dr. encem nk tolong filling the blank ker, mane la tau, kan…


Haaa…. 2nd last paper…. Teori dan amali Perakaunan…. Aiks, kelakar la pulak translation…. Tukar balik…. Accounting theory and practices…. Haaa…. Baru best….


Hurm…. Paper ni agak berat la… tapi, memandangkan soklan da diberikan oleh sahabat tersayang, so, sempat la cik aryana sediakan jawapan mase cuti-cuti cinta aritu…. Kononnya, nanti tinggal memorize jer…. Senang,kan… bila jejak ke hutan lipur Sintok, sampai la satu berita di telinga cik aryana…. ( Ups, de skema jawapan la….. cane dorang dapat ek….??? Isy, tak penting tu, janji jangan heboh kat sape-sape tau…. Pinky swear, ya….)


So, apalagi yang dinanti…. Kitorang pun hafala la jawapan tu… tapi cik aryana tak follow sangat jawapan tu, juz jadikan guideline jer… cik aryana guna jawapan yang cik aryana da cari… paper ni… yang 'sukenya', pemberat tak sepadan ngan soklan…. (alamak, cik aryana timbang ke ukur pakai ruler….???? )


Hafal punya hafal, sampai la beberapa rumors kedengaran……


"…..korang, aritu ade la member aku dengar, lecturer tersayang ni wat announcement kat bilik siswi, said that soklan ditukar… so, tak leh la rely on Q ngn schema….."

"…korang, nak tau tak… aritu de la budak ni…. Dia tunjukkan soklan yang prof. O kat Dr. R… Dr. R tu lecturer dia… takkan la dia tak tau lecturer dia tu the killer one accounting lecturers….???? Then, lecturer cakap pe tau…. 'for next final, dun wori, everythin' is fresh & hot….'….fullamak… kalau la aku tau sape budak tu…. Dan andai kata membunuh tu tak salah, da lame da aku tamatkan riwayat sang degil tu… nyusahkan orang la…."

Waaahhh…. Sukernya… sempat ke nak study ni dari awal ni….??? Da la 40:60… carrymark xtau lagi… notes da manyak sesangat…. Leaning via article & discussion… answer based on ur understanding… sebab ape tau… lecturers kesayangan suka kawen-kawen kan teori A ngan teori B… then, apa teori C….???



So, dengan beraninya, pergilah kawan-kawan bertemu dengan lecturer dorang, bertanyakan rumour ni la…. Then, katanya…..


"…. Ampa dengaq kat mano ni rumours cam ni….???? Saya tak pernah la pulak wat announcement bagai… sapa yang bagitau kat Dr. R tu…kalau saya dapat dia tu, memang mati saya kerjakan…"

So, dengan hati yang separa rela, kitorang pun study jugak la soklan tu…. Hope la, leh tolong pointer nanti…

Akhirnya, masa yang dinanti telah tiba… masuklah ke dalam medan perang… soklan exam….????? 
Waaa…. Q1 tukar…!!!! Q2 tukar….!!!! Q3… masih sama tapi part B changed….!!!! Q4….act, all from internet…. Masih sama seperti dulu Cuma part B changed…!!!

Conclusion, tak pasal-pasal cik aryana bertungkus lumus menggoreng, memanggang, merebus, segalanyalah…. Stress…??? Frust menonggeng….???? Jiwa kacau…???? Cik aryana tak mampu menjawabnya… terkelu… terkedu… memang hot & fresh Q….!!!!

Yeeeeeyyyy…. Final paper is coming finally… tapi, lecturer cik aryana juz ajaq topics yang masuk exam jer…. Malang tanpa bau, cik aryana da terbuang buku itu… waaa….. agak bagus ni….

Act, gap memang la lame, tapi cik aryana 'terlupe' memanfaatkannya… hehehehehehe….. so, dalam 1 malam, nak tak nak, suka atau terpaksa, cik aryana kena la focus 170%.... !!!!!

Da la malam tu cik aryana teguk Nescafe Ice peberet cik aryana… fuhh… memang kaw-kaw la makcik tu buat… sampaikan mata terang tanpa perlu lena…!!!! Hebat, kan…

Tergolek- golek atas katil akhirnya bangun la cik aryana dari pembaringan, elok pulak si rumet tersayang ketawakan cik aryana… hisy, mentang-mentang la malam tu tak Berjaya menjejakkan alam fantasi…

Nak sambung study, mood tak datang lagi… so, cik aryana pun pack la 2 kotak tuk diposkan… basuh baju 1 mesin… after subuh, cik aryana pun gam bontot di kerusi empuk dan study….. syuuuu….. diam-diam ye…

Paper strategic management….not bad la… act, de jugak la soklan yang cik aryana tinggalkan… bukan tamau jawab… tapi paper da abis… cegan la nak mintak manyak2 kali… tak pe, kan… case pun agak ok la since cik aryana baru je memorize pagi tu…

Kini, abis sudah segala peperiksaan dari hutan lipur sintok… apakah penderitaan sudah tamat….????
Hisy, belum maaa…. Cik aryana masih ada praktikum…..!!!!!

Carrymark seminar….cantik…. carrymark strategic management… cun…. Carrymark audit IS… lawa… carrymark management science…. Manis-manis masam… hahahahaha…. Ape-ape la cik aryana oooiiii…. Sila-sila la masak ikan kerapu ye… jangan rentung, sudah…

Bila exam da abis, rase cam, best pulak, kan belajar ni… tetibe je rindu nak masuk dewan exam… nak usha pengawas-pengawas peperiksaan… alami detik-detik yang mendebarkan bila ketua dewan arahkan "STOP WRITING"…tengok gelagat orang mase menjawab exam… de yang ternganga…. (pe yang dorang nampak tu….. parent datang wat sport check ker…??? De yang terangguk-angguk… (ops… angguk or tersengguk….?????) De yang melopong…. (confirm tak bajet kuar soklan tu….) De yang praktis jadi pemerhati…. (skodeng eh….).

Eh, tak pe la…cik aryana mau mendarat di alam fantasi la… tak sabar mau jejak tanah pasir mas… 

SELAMAT BERCUTI……!!!!!

Sunday, November 14, 2010

I know that I’m not perfect but I keep trying...



Falling a thousand feet per second
You still take me by surprise
I just know we can’t be over
I can see it in your eyes
Making every kind of silence takes a lot to realize
It is worse to finish then to start
All over and never let it lye
And as long as I can feel you holding on
I won’t fall even if you said I was wrong

I’m not perfect but I keep trying
‘Cause that’s what I said I would do from the start
I am not alive if I’m lonely
So please don’t leave
Was it something I said or was it just my personality

Making every kind of silence takes a lot to realize
It is worse to finish then to start all over and never let it lye
And as long as I can feel you holding on
I won’t fall even if you said I was wrong

I’m not perfect but I keep trying
‘Cause that’s what I said I would do from the start
I am not alive if I’m lonely
So please don’t leave
Was it something I said or was it just my personality

When you’re caught in a lie
And you got nothing to hide
When you’ve got nowhere to run
And got nothing inside

It tears right through me
You thought that you knew me
You thought that you knew

I’m not perfect but I keep trying
‘Cause that’s what I said I would do from the start
I am not alive if I’m lonely
So please don’t leave
Was it something I said or was it just my personality

I’m not perfect but I keep trying
‘Cause that’s what I said I would do from the start
I am not alive if I’m lonely
So please don’t leave
Was it something I said or was it just my, just myself
Just myself
I’m not perfect but I keep trying