Sunday, January 23, 2011

Menghilang........

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Wah..wah..wah.. sudah lama rupanya cik aryana menyepi.... ke mana yer...???? hahahahaha.... gaya cam jauh jer perjalanan cik aryana nih... Act, cik aryana tak ke mana-mana pun... masih lagi menetap di bumi Malaysia yang masih lagi aman damai sehingga kini... Wah, pintar bangat ya kamu berceloteh, cik aryana...

Sekarang ni cik aryana sedang menjalani latihan praktikal di shah alam... praktikal...???? hurm.... inilah semester yang agak berat... boleh dikatakan hampir menggapai markah yang tinggi tapi bisa memenatkan minda dan tubuh kamu... (ops, gaya macam kamu pergi berjuang di Palestin la, cik aryana.... huhuhuhuu) Hari ni, cik aryana mahu bercerita tentang pengalaman cik aryana selama 3 minggu sudah...

Bidang yang cik aryana ceburi adalah perakaunan @ accounting... tapi, minor information system... so, my course commonly known as accounting information system @ AIS.... bukan Ais kacang yer.... hahahahahaha.... so, bidang yang cik aryana berpeluang untuk teroka sebenarnya banyak, cuma untuk kali ini, cik aryana memilih untuk menimba ilmu dalam firma consultant & accounting... cik aryana masih teringat pada kata-kata 'semangat' yang pernah dilemparkan pada cik aryana suatu masa dulu,

" Ala, account kacang jer... tambah tolak darab bahagi... then, masuk debit, kuar kredit.... bukan susah pun..."

If cik aryana bagi satu set documents, agak2 orang leh settlekan ke tak ye... Cik aryana tak nafikan, account actually so simple... kalau dulu, ramai yang berkata bahawa accountant n mestilah seorang yang kedekut, pendiam dan skema.... betul ke...???? Rasanya, cik aryana mau cuba menjawab statement itu...

Kedekut:

dalam dunia kami, wang adalah asas tapi accountability & integrity adalah landasan utama yang membantu bagaimana wang tersebut digunakan... If something yang kita mahu miliki tapi tiada kegunaannya, untuk apa dilaburkan wang...??? Betul, bukan....Ini adalah konsep asas, di mana semua manusia melakukannya, cuma mengapa ia perlu ditudingkan pada akauntan...???? Pelik, bukan....

Pendiam:
Akauntan memegang rahsia besar syarikat. di mana segala maklumat dalaman adalah di tangan syarikat... jatuh bangunnya sesebuah syarikat adalah kerana akaun... pernahkah anda mendengar, seseorang yang berhasrat ingin mengemudi sesebuah syarikat tetapi buta dalam menaksir apakah nombor-nombor itu gambarkan bakal berdepan dengan kesukaran... kenapakah...???? pada Balance sheet ataupun kunci kira-kira, ia menceritakan tentang keseluruhan keadaan syarikat dengan terperinci... mampukah anda melakukannya....Cuba anda bayangkan, sekiranya akauntan terlalu peramah, tidak mustahil hal syarikat akan terdedah, bukan...

 skema:
Wah..wah..wah... terbayang dalam minda cik aryana perwatakan si skema... oh, cik aryana malas la nak membincang tentang ini... dah lari topik ni.. sorry, ya...


my duty....????

Ok, cik aryana dikehendaki memahami 4 cabang yang penting dalam accounting antaranya secretary, accounting, taxes and audit...

Company Secretary...

Ops, yang ni, bukan spesis women yang pakai skirt yang bekerja di luar bilik bos dan gitau schedules bos everyday... bukan sama sekali ye...

Di sini, cik aryana akan terdedah bagaimana sesebuah syarikat ditubuhkan hinggalah bagaimana mereka menjalankan perniagaan mereka... Beberapa dokumen penting adalah di tangan secretary... antara tugas secretary adalah menyediakan minute meeting, menyediakan dokument-dokumen yang berkaitan dengan perubahan dalam pegangan saham dan sebagainya...di sini la kita berpeluang mengenali siapakah orang-orang penting yang bertindak menggerakkan syarikat...

Accounting....

dalam cabang perakaunan, bagi sesebuah syarikat yang kecil, mereka tidak menggaji kerani akaun, tapi lebih senang mengupah accounting firm memandang upahnya lebih murah...senang, bukan...??? pernah jugak la cik aryana melihat pekerja dari syarikat client menghantar berkotak-kotak dokumen untuk di 'key-in' dalam accounting system...

Sekali dengar, cam senang jer key-in data lam system yang sedia ada...kan..kan..kan... actually, key-in data memang memerlukan kesabaran yang tinggi; coz it's not easy to recognize whether those transactions can be recorded as expenses or liabilities, revenues or assets...

Also, that's not as simple as eating groundnut to analyze the nature of the such companies... before we starts key-in transactions, create batches to accumulate such transactions, first of all, u should study backgrounds of the companies... simple....??? i challenge u to complete it in a week...!!!!! (hahahahahahahahaha)

audit & tax....????


ops, cik aryana would continue another day, okey...????

2 companies are waiting for my attention...so, see u soon....!!!!!

sayang kamu semua....!!!!!

No comments: