Friday, December 9, 2011

JANGAN MENANGIS UNTUKKU

-Episod 3-


TENGKU Faris mendengur geram. Sakit hatinya dengan perbuatan anak sulungnya itu. Entah perangai siapa yang diturutkan. Dia cuba menenangkan jiwa yang sememangnya sedang bergelora. Tengku Rasya sekadar mendiamkan diri. Pastinya, hati wanita itu turut terluka lantaran perbuatan anaknya yang telah memalukan itu. Aku sekadar menekur di lantai. Aku tahu kesilapanku.
“Papa sungguh terkilan dengan perbuatan kamu, Zal. Kenapa kamu buat macam ni? Kamu tidak ternah terfikirkan perasaan kami berdua dengan tindakan mengarut kamu ni, Zal?”
“Faizal, cuba terangkan pada kami. Kenapa Faizal sanggup buat macam ni. Mama tahu, Faizal anak yang baik. Mama tahu, walaupun kamu digelar playboy, kamu tidak pernah rosakkan anak orang. Mama dapat rasakan Faizal sayang cintakan gadis itu. Tapi ini bukan cara yang terbaik, Zal.”

Aku menarik nafas seketika. Cuba mengumpul sebanyak mungkin kekuatan yang ada sebelum aku mengeluarkan kata-kata. “Papa, Mama, maafkan Faizal. Faizal tahu, tindakan Faizal telah mencemar nama baik keluarga kita, keturunan kita. Faizal pun tak sedar kenapa Faizal tergamak buat perkara macam tu. Faizal mengaku, Faizal bersalah. Maafkan Faizal, papa, mama.”
“Maaf kamu tak dapat membersihkan kembali apa yang telah berlaku. Maaf kamu juga tidak dapat membersihkan kembali maruah gadis itu dan keluarga gadis itu. Papa sangkakan papa telah Berjaya mendidik Faizal menjadi anak yang berguna, patuh pada perintah dan larangan-Nya. Tapi, papa silap. Papa silap.”
"Tidak, papa, mama. Bukan silap papa dan mama. Papa dan mama telah mendidik dan membesarkan Faizal dan adik-adik dengan baik. Cuma kesilapan Faizal yang terlalu ikutkan rasa hati yang menggila. Faizal dah cuba mencuri hati Damia, malangnya, hatinya telah menjadi milik lelaki lain. Faizal tak dapat terima hakikat Damia bukan milik Faizal lagi. Faizal cuba membuat sesuatu supaya Damia akhirnya menjadi milik Faizal. Tapi, Faizal telah tersilap percaturan. Faizal terlalu ikutkan nafsu. Faizal tak sedar tindakan Faizal ini telah banyak menyakitkan dan melukakan hati ramai pihak. Maafkan, Faizal, papa, mama.”
“Betul Faizal cintakan Mia?”
Aku mengangguk.
“Betul Faizal takkan sia-siakan masa depan gadis itu?”
“Faizal tidak mampu berjanji, tapi Faizal akan berusaha agar Faizal tidak akan mempersiakan masa depan Damia.”
“Betul Faizal mahukan Damia sebagai teman hidup Faizal?”
“Benar. Faizal mahupan Damia menjadi sebahagian dari keluarga kita. Sebahagiaan dari hidup Faizal.”
Aku meluahkan segala yang terbuku di hati ini. Aku akui kesilapan aku dalam memilih tindakan sebegini, namun, terlajak perahu masih boleh diundur. Tapi terlajak kata tiada gunanya. Kini, aku tekad aku mahu membahagiakan Damia setelah aku hancurkan masa depannya. 
‘Hakim, maafkan aku.’ Aku hanya mampu melafazkan itu dalam hati. Jika mama dan papa tahu bahawa aku telah merampas Damia dari Hakim, pasti mereka akan bertambah kecewa dengan aku. Pastinya mereka terkilan kerana papa dan mama Hakim adalah rakan karib mereka, sepertimana aku dan Hakim.
“Kalau macam tu, hujung minggu ni kita akan ke rumah keluarga Damia. Papa mahu kamu berada sekali nanti. Papa mahu kamu minta maaf dulu dari keluarga Damia. Kemudian, barulah papa dan mama akan berbincang apa yang patut.”
“Apa yang patut? Maksud papa?”
“Tengku Faizal Hadani, kamu fikir keluarga mereka akan terima kamu dengan senang hati? Dengan rela hati? Kamu ingat maaf kamu sudah cukup untuk mereka? No, Faizal. Papa mahu mereka terima kamu sepertimana mereka ikhlas terhadap kamu walaupun kamu telah campakkan lumpur ke wajah mereka.”
Aku menundukkan kepala. Aku tak mampu lagi bertentang mata dengan papa. Aku tak sanggup lagi melihat kekecewaan papa.
“Sekiranya mereka setuju, kalian akan disatukan secepat mungkin. Lagipun, papa tak mahu perkara yang tidak sedap didengar tersebar luas. Biarlah ia diam sebaiknya. Dan satu lagi, papa mahu kamu meminta maaf dari Damia. Jangan kamu beritahu dia apa-apa. Cukuplah sekadar memohon maaf. Boleh?”
“Baiklah, papa. Faizal akan buat sepertimana papa minta.”
“Faizal, sekarang giliran mama pulak. Damia tu, siapa boyfriend nya?”
Alamak. Nahas ni.
“Faizal, beritahu mama. Jangan sembunyikan perkara ni.”
Dengan serba salah, aku menjawab soalan mama. “Dengan budak business management. Faizal tak pasti sangat siapa lelaki tu.” Aku terpaksa berselindung. Aku tak mampu menyatakan hal sebenarnya.
“Mama nak, Faizal minta maaf dari lelaki tersebut. Boleh, kan sayang?”
‘Ah, macam mana aku nak berdepan dengan Hakim? Pasti Hakim akan menumbuk aku. Ataupun Hakim mengarahkan kawan-kawannya membelasah aku. Haish, macam mana ni?’
“Faizal, boleh ke tidak?”
“Boleh, mama.”
“Okey, kalau macam tu, mama nak Faizal bawa Damia datang berjumpa dengan papa dan mama setelah kita selesai berbincang dengan keluarga Damia. Mama nak kenal siapakah Damia, hebatkah dia sehingga kamu mengambil keputusan sebegini.”
“Mama, Damia.....”
“Mama tak mahu dengar dari mulut kamu siapakah Damia. Biar mama lihat sendiri siapa Damia. Biar mama kenal sendiri siapa Damia.”
Aku sekadar menganggukkan kepala. Lalu, aku meluru ke arah papa dan menghulurkan tangan untuk memohon maaf daripada papa. Begitu juga aku lakukan kepada mama. Redha dan maaf kedua ibu bapa sangat penting dalam mendapat redha Illahi. Syukur aku mempunyai keluarga yang sangat baik. Sekurang-kurangnya, mereka tidak terus menghukum aku. Muafakat itulah yang telah menyedarkan aku betapa beratnya tanggungjawab sebagai ibu bapa. Mampukah aku melakukan hal yang sama jika anak aku melakukan apa yang telah aku lakukan?


**********************************************


“Mia, aku mintak maaf.”
Diam.
“Mia, sorry. Aku tahu aku tak sepatutnya buat macam tu. Sorry la.”
“Yang kau buat jugak tu kenapa?”
“Aku...aku...”
“Kau kata kau sayangkan aku. Tapi, sanggup kau lukakan hati orang yang kau sayang? Kau kata kau cintakan aku. Tapi tegar kau hancurkan maruah aku? Aku ni perempuan. Punya hati dan perasaan. Aku juga punya cinta dan cinta itu aku telah beriakn kepada Hakim. Kenapa kau masih tak faham-faham lagi?”
“Mia...aku...aku...”
“Pergilah, Faizal. Jangan kau ganggu hidup aku lagi. Syukurlah pihak pentadbiran tidak menggantung pengajian kita setelah apa yang kau dah lakukan tempoh hari. Tapi, mana aku nak sorok muka aku ni, Faizal? Semua orang pandang serong terhadap aku. Kan Nampak, bukan?”
Aku melihat sekeliling. Benar, beberapa orang yang lalu lalang memandang ke arah kami dengan pandangan yang jijik. Tidak kurang juga yang mencemuh. Ada juga yang berpura-pura tidak mengetahui hal yang sebenarnya. Aku memandang kembali wajah Damia. Aku dapat melihat betapa hatinya tersiksa dengan apa yang telah terjadi.
“Aku faham perasaan kau. Aku mintak maaf. Tolonglah maafkan aku. Aku merayu.”
“Perlu ke aku maafkan insan yang telah meletakkan maruah aku di bawah tapak kaki kau?”
Aku tersentak.
“Mia, sedangkan Rasulullah s.a.w. pun memaafkan kesilapan orang yang mengejinya, takkan kekhilafan aku tidak layak untuk kau maafkan?”
“Jangan kau samakan aku dan kekasih Allah. Tidak selayaknya aku disamakan dengannya. Aku maafkan kau. Tapi dengan syarat.”
“Apa dia?”
“Aku mahu kau buat pengakuan.”
Hah?
“Ya. Pengakuan demi membersihkan kembali maruah aku dank au. Juga demi maruah keluarga kita. Kau mahu?”
“Baiklah, pastimya aku tiada pilihan. Kau katakan di mana dan bila?”
“Besok pada waktu tengah hari melalui radio kampus.”
“What the......?”
“Kenapa, Tengku Faizal Hadani? Tak sanggup? Takut ego kau tercalar? Takut semua gadis takkan pandang kau lagi?”
“Nope. Baiklah, aku akan lakukan seperti yang kau pinta.”
“Okey. Aku akan tunggu pengakuan kau esok. Aku akan berada di dataran. Pasti semua warga kampus akan menanti-nantikan pengakuan kau. Good luck!”
Usai kata-kata itu, Damia terus melangkah pergi meninggalkan aku yang terkulat-kulat di situ. Sungguh, permintaan Damia itu agak sukar tapi aku akan tetap lakukannya kerana aku yang memulakannya, pasti aku akan akhirinya.

Tuesday, December 6, 2011

JANGAN MENANGIS UNTUKKU


-Episod 2-



"Liya, kau ada dengar tak pasal Damia semalam?" soal Rita, classmate aku, tiba-tiba.
Aku terkejut dengan sapaan yang mendadak itu lalu aku menggelengkan kepala tanda aku tidak mengetahuinya.
"Aku dengar dah kecoh satu kampus dah. Aku bukan nak burukkan kawan kau dan aku bukan nak kau percaya dengan khabar angin je."
"Apa dia, Rita? Kau cakap je, aku nak dengar."
Apakah ceritanya itu?
"Damia kena tangkap basah dengan Faizal."
Dukk.
Mustahil.
"Rita, kau ulang balik apa yang kau cakap tadi."
Kedua-dua tangan aku telah menggenggam erat lengan Rita.
"Liya, cuba kau bawak bertenang. Aku dengar berita ni pun, aku tak de kepastian lagi dari Damia sama ada betul ke tidak yang dia kena tangkap basah dengan Faizal."
Aku kelu. Kaki tidak mampu lagi untuk berdiri.
“Liya. Sorry for you.”
“It’s ok. Thanks, ya.”

Aku bingkas bangun dan berlari ke asrama. Aku mesti bertemu dengan Damia. Pasti ini satu konspirasi dari Faizal. Sudah beberapa kali Damia mengadu yang Faizal sering mengganggunya. Apalah daya aku ingin membantu. Pasti Damia sangat sedih ketika ini. Damia pasti perlukan aku.

“Damia!”
Aku menjerit ke arah Damia. Kelihatan Damia sedang menuku ke biliknya. Wajahnya penuh dengan air mata. Matanya sudah kelihatan sembap. Aku menarik Damia ke dalam pelukan. Lalu, kami berjalan menuju ke biliknya.

“Liya, aku...aku...”
“Sabar, Damia. Amik masa kau.”
“Tidak. Aku tak salah, Liya. Faizal yang perangkap aku.” Perlahan-lahan, aku mengusap belakang Damia supaya dia bertenang.

Setelah Damia tenang, dia menceritakan semuanya tanpa berselindung. Semasa Damia sedang menunggu Asma’, rakan sekuliahnya di pondok berdekatan tasik untuk membincangkan tentang tugasan mereka, tanpa Damia sedar, Faizal datang dan duduk di meja itu. Damia malas hendak melayan si Faizal, lalu dia bangun seketika untuk menghubungi Asma’. Dia tidak selesa berdua-dua dengan Faizal memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.

Tanpa sedar, Faizal mungkin telah memasukkan ubat tidur ke dalam minumannya. Setelah tamat perbualan, Damia kembali ke mejanya lalu mengemaskan barang-barangnya dan mengambil minumannya bersama. Usikan Faizal tidak dipedulikannya. Sambil berjalan, Damia menghabiskan minumannya. Tiba-tiba, dia terasa kepalanya pusing dan terus tidak sedar.

Ketika dia sedar, dia berada di bilik pengawal. Terdapat beberapa orang pengawal, lelaki yang berkopiah dan Faizal. Dia terkejut mendengarkan kata-kata pengawal bahawa ada orang yang telah membuat laporan bahawa dia dan Faizal sedang membuat perkara sumbang. Dia cuba menafikan dan menceritakan perkara yang sebenar tetapi dia dituduh mengelak dari perkara yang sebenarnya. Dia meminta Faizal menceritakan perkara yang sebenar tetapi Faizal menyatakan mereka memang ingin melakukan perkara sumbang tersebut.

Kini, Damia Cuma menunggu keputusan dari pihak disiplin. Pihak keluarga Damia dan Faizal telah diberitahu mengenai kejadian ini. Aku sedih mendengarkan kisah Damia.

“Kau sudah terangkan hal yang sebenarnya pada keluarga kau?”
“Sudah, mereka masih percayakan aku. Aku bersyukur mereka masih sudi mendengar cerita dari pihak aku. Tapi, aku pasti mereka pasti sedih dan malu dengar kisah ni, Liya. Apa aku nak buat? Orang kampung mesti akan hina keluarga aku, Liya.”
“Kau banyakkan bersabar. Liya. Pasti ada hikmahnya semua ini. Aku sentiasa ada disisi kau kalau kau perlukan aku.”
“Liya, aku tak bersalah, Liya. Kau percayakan aku, kan Liya?”
“Mia, kau jangan risau. Aku percayakan kau. Tapi kau tahu kenapa Faizal buat kau macam ni?”
“Sumpah aku tak tahu apa niat dia.”
Diam seketika. Kelihatan Damia sedang terfikirkan sesuatu.
Liya, kau ingat tak semua yang aku cerita kat kau tentang Faizal?”
“Yang mana? Yang Faizal tak puas hati bila kau selalu buat assignment dengan Razlan?”
“Bukan.”
“Dah tu, yang Faizal ajak kau keluar tapi kau tolak? Or yang masa Faizal bagi bunga kat kau depan Hakim? Or yang masa Faizal back-up kau masa kau kalah pertandingan tu?”
“Arrgghhh...aku pun dah serabut dah kepala ni. Kau bagi aku masa kejap.”
“Okey. Ambik sebanyak masa kau. Kejap eh, aku nak buatkan air tuk kau tenangkan otak tu. Eh, aku guna barang-barang kau, boleh tak? Terlupa pulak yang sekarang ni aku bukan berada kat bilik aku.”
“Alah, Liya. Kau guna je la.” Liya, aku nak solat kejap.”
“Okey.”
Aku meneruskan kerjaku menyediakan air Nescafe ‘O’. Aku segera turun ke cafeteria mencari pisang goreng atau ubi goreng kegemaranku dan Mia.


 ************************************************


Selesai mengerjakan solat, sedikit sebanyak hati aku tenang. Tangan ku tadahkan untuk membaca doa.

“ Ya Allah Yang Maha Pemurah, ampunilah semua dosa kedua-dua ibu dan ayahku. Wahai Allah Yang Maha Pengasih, kau ampunilah dosa-dosa adik-adikku. Mereka masih kecil dan mentah lagi dalam mengharungi hidup yang penuh dengan pancaroba ini. Ya Allah Yang Maha Pengampun, kau ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini, Ya Allah. Adakalanya aku lalai dari mengingati-Mu. Adakalanya aku alpa mensyukuri nikmat-nikmat yang telah Kau berikan, Ya Allah.

Wahai Tuhan Sekalian Alam. Aku redha atas dugaan ini, Ya Allah. Namun, kau tunjukilah kepada aku apakah yang perlu aku lakukan. Bantulah aku untuk kuatkan imanku, Ya Tuhan. Agar aku tidak kalah dengan hinaan dan sindiran dari manusia-manusia yang tidak tenang atas kebahagiaan aku, Ya Allah. Ku mohon pada-Mu, Ya Allah. Aku yakin bahawa aku di jalan yang benar. Aku yakin bahawa aku tidak melakukan apa yang Kau benci, Ya Allah.

Wahai Tuhan Yang Satu dan tiada lagi selain dari-Mu, ubatilah rasa kecewa di hati insan-Mu yang bernama Muhammad Hakimmul Fattah. Pasti dia sedang berduka saat mendengar khabar duka ini, Ya Allah. Sungguh aku cintakan dia, namun aku lebih cintakan-Mu, Ya Allah. Aku rela kehilangan cintanya, namun aku tak rela kehilangan cinta-Mu, Ya Rabbi.

Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang, kau gagahilah sahabat-sahabatku dalam mengatasi sisa-sisa tohmahan terhadapku ini, Ya Allah. Pasti mereka akan terpalit dengan dugaan yang Kau berikan kepadaku ini. Kau sayangilah Nur Aliya Maisarah dan Muhammad Razlan Hafizi. Sesungguhnya mereka adalah sahabat yang baik. Setia di sisi teman-temannya baik tika susah dan senang. Tika duka mahupun suka.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, hanya kepada-Mu aku bermohon. Hanya kepada-Mu aku berserah..hanya kepada-Mu aku meminta. Dari-Mu aku dating, pasti kepada-Mu diri ini kembali. Amin ya rabbal ‘alamin.”

Usai solat, aku melipat telekung dan sejadah. Tanpa sedar, Liya telah mendengar segala doa-doa tadi. Liya menyapu air mata yang mengalir di pipi lalu masuk ke dalam bilik tersebut.
“Sorry la, Mia. Aku cari pisang dan ubi goring kat bawah tadi. Jom minum petang.”
“Thanks, Liya. Kau memang sahabat sejati.”
“Ala, aku pasti, kalau aku susah pun, mesti kau pun buat benda yang sama, kan.”
“Yeke. Aku tak fikir macam tu. Kalau kau susah, aku nak buat tak tahu je...Hahahahaha....” akhirnya tawa kami memenuhi ruang bilik itu. Sekali sekala bergurau senda sambil menikmati minum petang sangat menyeronokkan.
“Tuhan tolonglah diriku...kembalikanlah cintaku...” Alamak, Ezad Lazim memanggil la pulak. Bergegas Liya mengambil telefon dan melihat nama pemanggil. Razlan.
“Mia, Lan call aku.”
“So, jawab je la. Bukannya Lan call aku pun.”
“Ceh, aku tarik tocang tu, baru tahu.” Liya mengacah ingin menarik tocang rambutku nan satu itu tapi aku sempat mengelak sambil menjelirkan lidah ke arahnya. Tanpa berlengah, Liya menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, Lan...Oh, aku dengan Mia...Dia ok. Wokey, no problem...aku tahu la...Hakim macam mana?...wokey...ye la...waalaikumsalam...” Liya menamatkan panggilan lalu duduk kembali di hadapanku.
Dia mencapai pisang goreng di dalam pinggan tapi sengaja aku larikan. Liya mengangkat kening sambil menghantar isyarat ‘Kau pe hal bawak larik isi perut aku?’
Aku mengerutkan wajah seolah-olah menggambarkan ‘Kau tak reti-reti nak cite kat aku ape hal Lan called tadi.’ Liya berpura-pura tidak mengerti lalu mengangkat punggung. Kalut aku dibuatnya.
“Liya sayang. Please, don’t go. Liya, sorry..sorry...amik la pisang goreng ni. Aku mintak maaf eh.”
“Ada aku kisah?”
“Memang la kau tak kisah tapi aku kisah. Aku sayangkau kau.” Cuak. Liya sudah merajuk. Tiba-tiba, Liya ketawa. ‘Hah?’
“Aku gurau je la, Mia. Jom-jom kita sambung balik makan pisang goring.” Ujarnya sambil duduk kembali di tempat tadi.
“Ala, kau tamau share ngan aku apa yang kau sembangkan ngan Lan tadi. Aku dengar kau ada sebut pasal Hakim.” Aku cuba memujuk Liya tapi tanpa sedar, hati aku bertambah sebak apatah lagi tatkala bibirkan menyebut nama insan tersebut. Liya terdiam. Lalu menghampiri dan menepuk-nepuk bahuku perlahan.
Mia, sorry la. Aku gurau je. Ok, ok aku cerita. Tapi kau kena senyum dulu, boleh?” Lalu, aku cuba melemparkan senyuman ke arah Liya biarpun ia kelihatan hambar.  
“ok, tadi Lan called aku, dia tanya aku dekat mana. Then aku jawab la ‘aku dengan kau’. Then dia tanya, kau macam mana? Then, aku jawab la, ‘kau ok je’. Then, Lan mintak aku tengok-tengokkan kau. Aku jawab ‘wokey, no problem’. Then, dia mintak aku berada dekat dengan kau, bimbang kau buat perkara-perkara tak sepatutnya, aku jawab la, ‘aku tahu la’. Lepas tu, dia kata dia ada dengan hakim. So, aku Tanya dia ‘Hakim macam mana’. Dia kata ‘Hakim ok.’ Then dia kata nanti sambung lagi. Dia bagi salam. Aku pun balas la salam dia. Tamatlah sudah Hikayat.....Aauuwww...sakit la Mia.”  Liya menggosok-gosok lengannya yang telah dicubit ketam dengan aku. Aku turut mengusap lengannya. Sikit je pun aku cubit. Cubit-cubit manja je. Hehehehehe...
“Thanks, ya Liya. Kau ada sewaktu aku perlukan bahu untuk menangis. Kau ada sewaktu aku perlukan telinga untuk meluahkan rasa hati. Aku bersyukur sebab dipertemukan dengan sahabat sebaik kau.”
“Haish, Mia. Sudah la. Jangan sedih-sedih lagi. Hah, tadi kau nak bincang pasal Faizal. So, teruskan.”
“Haa, aku pun dah lupa pasal makhluk tuhan yang tu. Ok, macam ni ceritanya....” aku mula membuka memori-memori lama yang masih tersimpan di ingatan aku.


*********************************************


“Mia, aku ada hal nak cakap dengan kau?”
“Teruskan.”
“Pasal hati aku.”
“Kenapa dengan hati kau?”
“Hati aku dah terpaut pada orang lain.”
“Hah?”
“Aku nak mintak orang tu bagi hati dia pada aku. Supaya aku boleh bertahan.”
“Kau sakit ke, Zal? Kau dah jumpa doctor? Doctor cakap apa?”
“Aku sakit cinta la, Mia.”
“Ceh, kau ni. Buat statement gempak tak sudah. Aku ingatkan apa tadi.”
“Mia, aku serius ni.”
“Aku tak cakap kau memain, kan.” Aku tersenyum.
“Mia, aku sukakan kau.”
Aku tersentak tapi hanya seketika. Lalu, aku turut membalas kata-kata Faizal. “Aku pun sayangkan kau. Kau kan kawan aku. Bakal peguam yang terhebat......”
“Aku cintakan kau.”
Kelu. Tergamam. Terasa darah menyerbu ke wajahku kini.
“Zal, aku..aku...”
“Mia, please, kau jangan hampakan aku. Aku sukakan kau sejak kali pertama kita berbahas mengenai isu poligami. Aku sukakan kau sejak kita sekumpulan semasa menjalankan latihan praktikal di firma guaman Rashid&Co. Aku sukakan kau sejak aku melihat kau berbaju kurung. Aku sukakan kau sejak aku melihat kau pertama kali buat revision dekat library. Aku sukakan kau setiap kali aku melihat kau membentangkan hujah-hujah kau di sesi kuliah. Sehinggakan aku tak tahu sejak bila aku mula sukakan kau.”
“Zal, kau sukakan aku, tapi bukan cintakan aku.”
“Aku tak sedar sejak bila rasa suka itu berubah menjadi cinta, Damia. Aku tak sedar sejak bila kau hadir dalam mimpi-mimpi aku. Aku tak sedar sejak bila rindu buat kau mula bertamu di hati ini. Aku mengaku aku tidak tahu bila cinta itu berputik tapi, aku yakin, aku perlukan kau untuk setiap langkah aku nanti.”
“Tapi, Zal. Aku cintakan hakim. Kau tahu, bukan.”
“Mia, tolonglah lepaskan Hakim dan terima aku menjadi galang ganti. Aku cintakan kau.”
“Tapi aku tidak.”
“Mia, please....”
“No, Zal. I’ve told u, no, Faizal. Please.”
“Tapi, Mia...”
“Faizal, aku nak balik. Lupakan apa yang telah kau luahkan. Aku akan anggap kau cuba melepaskan rasa di hati.”
“No, Mia. Aku akan berusaha dapatkan kau. Biarpun dengan cara yang kejam. Aku akan pastikan kau milik aku.”
“Faizal, please, don’t you ever....”
“Kau jangan risau, Mia. Aku takkan apa-apakan Hakim. Dia kawan aku. Aku cintakan kau. Aku mahukan kau. Tunggulah di mana suatu masa nanti kau tetap menjadi milik aku.”
Faizal terus berlalu meninggalkan aku yang masih belum puas dengan perbincangan ini. ‘Ya Allah, Kau hapuskanlah sebarang niat jahat di hati Faizal. Aku mohon, janganlah da sakiti Hakim. Aku rela berkorban jika itu yang terpaksa aku lakukan, Ya Allah.’


*************************************************


“Nampaknya, Faizal memang tunaikan tiap kata-katanya. Tapi, sayang. Dia telah mengguris hati insan yang dia kasihi. Aku tak sangka Faizal sanggup buat cara hina macam ni, Mia.”
“Aku pun tak sangka. Tapi, aku tetap bersyukur dia tidak apa-apakan Hakim. Cuma aku tidak sanggup melihat kekecewaan di wajah Hakim. Aku tak sanggup kehilangan Hakim, Liya.”
“Aku faham apa yang kau rasa. Tapi aku takut kau terpaksa lepaskan Hakim walaupun kau tak mahu.”
“Entahlah, Liya. Aku harap aku masih berkesempatan untuk memiliki Hakim. Kau doakan yang terbaik buat aku, ye Liya.”
“Pasti. Mia,aku harap hal-hal macam ni takkan jejaskan prestasi akademik kau ye. Kau masih ingat, bukan. Bulan depan dah start exam. Penentu masa depan kita. Aku harap kau kuat.”
“Kau jangan risau, Liya. Kekuatan yang kau pinjamkan buat aku cukup untuk aku bertahan.” Kami berpelukan. Sungguh, kini aku buntu. Aku perlu kuat. Aku tak boleh lemah. Aku perlu kuat untuk menempuhi peperiksaan yang akan datang. Aku perlu kuat untuk mengatasi segala cabaran-cabaran yang hanya sementara ini. Aku perlu kuat. ‘Ya Allah, Kau bimbinglah aku.’



Saturday, December 3, 2011

JANGAN MENANGIS UNTUKKU


-Episod 1- 



Kepala aku kian berdenyut. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Aku pasrah akan dugaan yang tidak tertanggung ini, ya Allah. Mungkin ini adalah pengubat bagi segala dosa-dosaku yang lalu. Wajah tiap ahli keluarga kelihatan sayu. Ibu dan ayah sentiasa bergilir-gilir menjagaku di sisi. Bibir mereka tak pernah lekang membacakan kalamullah. Wajah adik-adik yang masih perlukan belaian dan gurau senda seorang kakak kelihatan pudar dengan senyuman. Ah, maafkan kakak, adik-adikku. Mungkin masa kakak di dunia ini sudah tiba dipenghujungnya.
"Liya."
Aku mengalihkan pandangan ke wajah ibu. Sejuk pandangannya biarpun sayu.
"Liya sudah khabarkan keadaan Liya pada Damia dan Hakim?"
Aku terdiam mendengarkan kata-kata yang terpacul dari mulut ibu. Sungguh, aku tak berdaya ingin bertemu mereka. Aku tak mahu menambahkan kesengsaraan di jiwa mereka.
"Liya."
Aku memandang lagi wajah ibu..
"Liya sudah khabarkan pada Razlan akan keadaan Liya?"
Sekali lagi aku terdiam. Bukan aku tidak sudi mengkhabarkan keadaanku pada sahabatku itu, cuma aku tidak tegar melihat air matanya dia buat kali terakhir. Sedangkan perkahwinan aku dan Hakim sudah meracik-racik hatinya, apatah lagi dengan penderitaanku ini yang pasti akan menambahkan kesedihan lagi.

Ah! Bagaimana agaknya keadaan Razlan? Sudah lama tidak aku ketemu dengan jejaka itu. Aku harap dikau sedang berbahagia di luar sana... Maafkan aku, Lan. Mungkin cinta luhur kau bukan ditakdirkan menjadi milik aku.

Damia, walau apa pun yang berlaku, kau tetap sahabat aku dunia dan akhirat. Aku tak pernah salahkan kau. Cuma mungkin kehadiran aku tidak kena pada masanya. Aku tak mungkin akan rampas kedudukan cinta kau di hatinya tapi aku minta cuma sekelumit cintanya untukku. Cukuplah untuk terus berdiri di sisinya sepertimana selayaknya aku.

Abang, terima kasih kerana pernah memberikan peluang untuk Liya menikmati manisnya cinta. Biarpun mungkin tidak mampu abang berikan sepenuhnya cinta untuk Liya, cukuplah walaupun hanya sedetik lebih. Liya bersyukur, bang.

“Ibu, kepala Liya sakit sangat la, ibu.”
“Sabar, sayang. Liya rehatlah dulu. Jangan banyak berfikir. Nanti kita sembang lagi ya, nak.”
Aku sekadar mengangguk perlahan. Lalu, mata ku pejam erat.

‘Ya Tuhan, berilah aku peluang untuk mengecapi mimpi yang indah. Semoga ia dapat mengurangkan kesakitan diri ini. Semoga ia mampu menghapuskan dosa-dosa hamba-Mu yang lalu ini. Amin.’


*********************************


Aku, Hakim, Damia dan Razlan berkawan baik sewaktu sama-sama mengejar ilmu yang tidak berpenghujung. Namun, keakraban Damia dan Hakim sudah aku dan Razlan maklumi. Pastinya ada bunga-bunga cinta di hati mereka. Namun aku dan Razlan hanya mendoakan kebahagiaan mereka. Bagaimana pula antara aku dan Razlan? Eh, kami hanya bersahabat baik. Tidak pernah sekalipun antara kami meluahkan perasaan. Mungkin kami hanya layak menjadi sahabat selama-lamanya.

Masih teringat lagi bagaimana keakraban kami bermula. Aku dan Hakim ditugaskan untuk membuat tugasan bersama. Bukan sekali, tapi berkali-kali hinggakan keserasian antara kami wujud tanpa sedar. Bagaimana pula dengan Damia dan Razlan? Begini kisahnya...

 “Hello, Akim. Aku dah print assignment Dr. Kamilah tu. AKu on the way nak ke bilik dia ni.”
“Haa..ye la...nanti aku tunggu kat tempat biasa.”
“Ye la. Membebel la pulak Hakim Mahkamah.....aaaarrrggghhhh!!!!!”
Handset ditangan terpelanting kea rah lopak air.
“Assignment aku....”
Aku hanya mampu melihat assignment yang dah tak de rupa dek jatuh ke dalam lopak air bersama dengan handset.
“Errr...saudari...”
Aku memandang ke arah suara itu.
‘Siapa pulak yang Allah hantarkan pada aku ni...?’
“Err...saudari, maaf la. Ni assignment saudari ke?”
Aku hanya mengangguk.
“Err...nanti saya tolong saudari printkan semula assignment tu. Pendrive ade tak?”
Angguk lagi.
“Jom ikut saya.”
“Err.....? aku melihat ke arahnya. ‘Takkan nak suruh aku bonceng motor ngan dia? Perlu ke?’
“Eh, saudari, saya bukan nk ajak saudari naik motor skali ngan saya, tapi saya nk simpan motor cabuk saya ni kat situ.”
“Err..hehehe...okey.” Alamak, terkantoi la sudah. Malu!

Usai mencetak assignment itu, Razlan terus membayar dan menyerahkannya padaku. Lantas, aku mengambilnya dan bergegas ke bangunan fakulti Pengurusan untuk menghantar assignment itu. 10 minit berlalu. Akhirnya, selesai sudah assignment ini. Lalu, tangan membuka beg sandang lalu mencari handset flip yang dihadiahkan dari ayah.
“Err... mana handset aku? Pergi kelas tadi aku bawak, then masa nak hantar assignment ni aku tipon Hakim Mahkamah, then oppss..!”
Aku tersentak bila bahu aku ditepuk dari belakang.
“Saudari, saudari cari ini ke?”
Aku menoleh ke belakang. Handset aku berada ditangannya. ‘Bagaimana...’
Aku memandang dia dengan wajah yang pelik.
“Err.. handset saudari...”
“Liya. Panggil saya Liya.”
“Okey, handset Liya saya jumpa dalam lopak air tadi.”
“Alamak. Saya terlupa la. Macam mana saya nak call Hakim?”
“Muhammad Hakimmul Fattah ke?”
“Ya. Macam mana awak kenal dia?”
“Oh, siapa la yang tak kenal si Hakim tu. Eh, awak pakai la handset saya dulu. Handset awak ni biar saya repair. Sementara tu, awak pakai handset saya dulu,key.”
Razlan mengeluarkan simcard dari handset aku lalu dimasukkan ke dalam handsetnya. Lalu, dihulurkan pada aku. ‘Dah tu, dia nak pakai handset ape?’
“Awak jangan risau. Saya ada IPad.”
Oh.
“Eh, awak call Hakim dulu. Nanti dia risau pulak.”
Lantas, nombor Hakim aku dail.
“Assalamualaikum. Kau ni cuba bagi salam salam dulu.”
“Iye, nanti aku cerita la kat kau apa yang berlaku sepanjang perjalanan aku.”
“Aku dah hantar pun assignment tu”
“Okey. Tunggu aku kat situ. 10 minit lagi aku sampai.” Panggilan aku tamatkan. Wajah Razlan aku pandang.
“Okey la, Razlan, thanks, ya awak tolong saya tadi.”
“Oh, tak pe. Salah saya jugak. Eh, awak kenal saya?” Aku hanya tersenyum.
“Siapa la yang tak kenal pendebat terhebat di kampus ini. Bakal peguam terkenal, bukan.”
Kami hanya ketawa.
“Eh, jom. Hakim dah tunggu saya kat cafe.”
“Okey, jom.”

Begitulah perkenalan itu berlaku. Dari kemalangan kecil, mambaiki telefon yang rosak, hinggalah berkongsi pendapat. Bak kata Hakim, si Razlan ni seorang yang baik. Memang aku akui kebaikannya. Eh, bagaimana pula dengan Damia ye?


*************************************

Suatu petang, aku dan Hakim duduk berbincang di pondok berdekatan dengan tasik. Kelihatan, ramai lagi mahasiswa-mahasiswa yang sedang menela’ah pengajian. Tak kurang juga sedang ‘menelaah cinta’.

“Pizza hut delivery.”
Aku tersentak. Pizza hut delivery? Di tasik? Aku menoleh ke arah Pizza hut deliver itu.
“Kau order Pizza hut ke, Hakim?”
“Weh, tak de maknenye. Buah hati kau kot?”
“Banyak la buah hati. Hati aku x berbuah lagi. Awek kau la kot.”
“Tak de maknanya si Risha nak hantar Pizza kat aku. Mintak Pizza, ade la.”
“Weh, sudah-sudah la tu ebrtekak. Aku kawinkan korang ni baru tau.”
Aku menoleh ke arah Pizza hut deliver.
“Ceh, Razlan!”
Hakim dan Razlan hanya ketawa.
“Aku nak join korang, kalau korang tak kisah.”
“Kalau ade Pizza ni, aku sememangnya tak kisah. Perut kosong aku tadahkan. Tapi, si Liya, ko kene Tanya sendiri la.” Razlan menoleh ke arah aku. Aku sekadar mengangkat bahu, tanda tidak kisah akan kehadirannya.
“Wokey, memandangkan korang tak kisah...”
Tiba-tiba, handset Razlan bordering.
“Hello. Ye, aku ade kat tasik la... Takde maknanya nak dating... kau datang la sini...kejap-kejap...”
“Liya, Hakim, aku de hal sikit ngan coursemate aku. Kitorang nak bincang kat sini, boleh tak? Kejap je.”
“Wokey, no problem.”
“Haa, Damia. Kau dating sini...aku tunggu kat sini...kau bawak la apa yang patut... kau bawak Act skali,k.. Ok, bye.”

Damia, juga pelajar dari jurusan undang-undang. Satu kelas dengan Razlan. Dari pondok itulah keakraban kami terbina. Damia dan Razlan adalah debate partner yang paling serasi dan sering digandingkan tiap kali ada tugasan bersama.